Saturday, January 4, 2014

sebelah tangan

angkasa penuh dengan berlian, 
ku capai sebelah tangan...

bait lagu Mati Hidup Kembali oleh Butterfingers..
tak tahu la apa yang cuba disampaikan penulis lirik lagu ni..
tapi bagi aku, menurut tafsiran semberono aku,
lebih kurang macam suatu tempat, atau suatu keadaan masa depan
yang memang cerah, banyak peluang, banyak lubuk rezeki,
tapi kita buat tak endah sahaja..pandang sebelah mata,
kalau betul nak pun, tak bersungguh, capai dengan tangan sebelah..
macam hidup aku sekarang.......

Thursday, December 13, 2012

Perihal tenggelam

          Sedar tak sedar, aku tengah menge'laut'kan diri aku.. Bukan tak reti berenang, tapi aku tak berenang pun..Harapkan sentiasa terapung.. Tapi sebenarnya aku dah mula tenggelam sikit2, dan aku sedar tu.. Ada peristiwa dan watak yang sebabkan aku macam ni.. Tapi tak kan tu nak jadi alasan? Gila tak matang.. Watak tu elok je aku tengok move on.. Sekurang2 nya dari apa aku nampaklah, tak tau yang tersirat.. Aku berlagak macam tak ada apa, walhal aku pun ada yang tersiratnya..
        Tadi sebenarnya nak tulis dua ayat je, dah berjela pulak...haha.. Sape je baca? Aku la yang baca di masa2 akan datang..hehe...

Wednesday, December 5, 2012

Perihal pendosa

Kita tau yg Allah sebaik2 tempat untuk bergantung, tempat untuk mohon pertolongan.. tapi kadang2 tu, kita hanya sedar benda2 ni bila kita dalam keadaan tersepit...masa senang kita lupa, lalai, malah kita langgar perintah Nya samada sedar atau tak...bila dah tersepit, jadi malu nak mintak pertolongan Dia dek kerana mengenangkan dosa2 yang dilakukan di kala 'senang' itu...........Ya Allah, sesungguhnya hambamu ini pendosa....................

Saturday, October 6, 2012

Part 2..

 "syg pkai bju pink, sluar jeans, tdung itam",msj dr syg..dupdap, dupdap...

 Berdebar-debar jantungku berdegup. Maklumlah,1st time nak jumpa kekasih hati. Aku telah tekad, macam mana pun dia, aku akan terima, sebab aku dah sayang dia, sangat-sangat. Dalam debar, terpalit sikit rasa risau, runsing. Bagaimana pula kalau-kalau dia yang tak bole terima aku yang tak hensem ni? Kaya pun tak..

"ok, abg pkai bju hitam, tggu kt tmpt duduk tepi toilet ni..

 Oh ye, hari ini mrupakan hari tmujanji kami yang pertama sebelum aku menyambung pengajian. Aku tggu dia di stesen komuter kijing. Kami bercadang untuk bjalan2 di mid valley, tempat paling popular bagi pasangan muda mudi pada masa tu. Mungkin juga kini.

"dh smpi".. Ringkas msg dr syg..

Aku pandang kiri kanan, tak ade pun..tiba-tiba keluar seorang awek dari tandas, baju pink, seluar jeans, tudung hitam... Amboi, cair terus aku tgk awek tu... Tu ke syg? Awek tu melewati aku, "jom",ringkas megajakku untuk menunggu tren di seberang.. Haha.. Sah-sah la tu awek aku! Tersenyum-senyum seorang aku.. Amboi, comel nye lahai... "Stesen berikutnya MId Valley , next station Mid valley", suara pakcik tukang bawak tren berkumandang. Dah sampai destinasi yang dituju, dengan langkah perlahan kami berjalan menuju panggung wayang. Ya, aktivit biasa waktu itu, tengok wayang dengan awek. Mungkin aktiviti biasa juga sekarang, entah la. Perasaan waktu berjalan, terasa masa berlalu perlahan, panjang. Tapi bahagia. Seakan mengharap masa akan terhenti pada waktu itu, tetapi aku dan dia terus melalui dan menikmati momen indah tersebut. Oh hati, inikah cinta? Sampai di kaunter setelah beratur lama, aku pesan tiket kepada akak kaunter tersebut.                       

 "kak, mr & mrs. Smith dua".

"couple seat"? Balas akak tersebut.

"eh tak, yang biasa", balas aku.

" seat biasa penuh dik, couple seat je yang tinggal".

" ha tak apa la, bagi yang couple seat", balas Elle kepada akak tu tiba-tiba.

Aku memandang elle, dia senyum, aku balas senyuman dia. Bahagianya. Rasa nak melompat pun ada. Sementara menunggu waktu tayangan dalam sejam lg, kami pergi makan dulu. Arena makanan ternyata padat dengan pengunjung, sehingga agak mustahil bagi kami menyelit di tengah ramai tersebut. Aku memang tidak biasa dengan keadaan Mid Valley, almaklum saja, mungkin ini baru kali kedua atau ketiga aku kemari.

"Jom pergi JJ, dekat situ pun ada kedai makan", pelawa Elle.

Aku yang tak tau apa hanya menurut. Mana letak JJ tu pun aku tak tau. Rupanya memang ada satu restoran di JJ tersebut, pelanggan pun tidak begitu ramai, jadi kami mengambil keputusan untuk makan disitu. Dia aku dapati agak pendiam, tak macam ketika kami bermesej. Aku agak cemas, risau-risau kalau dia bosan keluar dengan aku. Jadi sedaya upaya aku susun kata, tanya pelbagai soalan untuk mematikan kesunyian.

"

Monday, May 21, 2012

saje try test tulis cerita pendek

               "Kau ni dapat lesen nanti kalau tak accident memang tak sah la", sumpah abang tukang ajar bawak kereta kat aku. "Huh, celaka sunnguh mulut kau", aku bermonolog dalam hati. Maunya tak, dalam tujuh ke lapan meter lagi nak lepas traffic light yang dah kuning tu, aku taram pedal minyak sampai rapat kt lantai, mujur tak ada kereta lain walaupun sebenarnya masa sampai tu dah sah-sah lampu merah. Kecut jugak perut ni ha. habis sesi pembelajaran, macam biasa, bermesej-mesej dengan yang tersayang menceritakan perihal hari tersebut. Ya, dia yang tersayang itu, baru tiga bulan kami berkenalan, dan dia cinta pertamaku. itu pun sebab dia je yang balas cinta aku, kalau ikut cinta aku yang tak berbalas, ramai. "syg dh bgn blom?" biasa la, cuti habis SPM, jam 11 pun masih awal pagi. Senyap tak berbalas, takpe la, kasi can tidur lama sikit. Malam sebelumnya jam tiga pagi baru kami tidur akibat bermesej yang entah ape la sangat. "Abang, surat tawaran matrik dah sampai, ade kat atas meja makan tu ha ayah letak", laung ayah mematikan lamunanku. TAWARAN UNTUK MEMASUKI KOLEJ MATRIKULASI PERAK SESI 07/08. Tajuk surat tu yang buat aku nak melompat kegembiraan. Memang cita-citaku agar dapat melanjutkan pengajian di matrikulsi dek kerana tempoh pembelajaran yang singkat, ye, aku mau cepat habis perjalanan ku dalam bidang akademik. Banyak yang sudah aku rancang untuk tempoh lima tahun akan datang.

            "Ade ape", mesej dari nombor yang kawan aku bagi dua hari lepas. Akhirnya ada respon, yes!! "xde ape,saje je..hehe", balas aku. "u mscl me17x tau x?igt kn ad ape yg pntg..", mesej dari dia. What?!17x?! Aku pun tak perasan sampai banyak macam tu. Nombor awek ni kawan aku, Ikram yang bagi, kawan sekolah awek dia katanya. Tak kisah la, memang aku yang minta sebab baru ada handphone, tapi tak ada yang nak mesej, ok la dari tak ada kan. "17x?sori2, xprasan pun..huhu..saje nk bekenalan..btw, i'm as, n u?". "uk", pendek je dia balas. "?? uk?huhu..ok", balas aku. "sori2, igt u maen2, dats mean nme u asri perhaps?". Macam tu rupanya, lucu pun ada dia ni. "oo..hehe..x2, nme i asrul, kwn2 pgl as..hehe..u plak?". "I noreli, kwn2 pggl eli..klasik kn? huhu", balas awek tu. Ooo.. Eli. Ya, memang klasik bagi aku, unik, dengan nama pun hati dah tertawan nak kenal lagi rapat. "Oh, ok eli, nice to know u..;)", balas aku. Macam itulah perkenalan kami, ringkas tapi sangat bermakna bagi aku.

                                                           .....end of episode 1.....

*tidak ada kena mengena dengan sesiapa, jalan cerita hanyalah imaginasi penulis.
hak cipta terpelihara..keh3..


Friday, May 4, 2012

:'(

...........................................................................................................................................................................
............................................................:'(....................................................................................................

Tuesday, December 20, 2011

perihal madah berhelah

dinihari masih tegak,
perah otak tapi tak bergerak,
mananya tidak jika otak penuh semak,
konon akibat jiwa yang memberontak..(puihh!)
wahai diri jangan terlajak,
ingat selalu pesan abah mak,
dah berkali terjatuh, tergadah, terhentak,
tak kan lah tak reti serik jugak..
kamon la,tak kan semua benda nak tunggu awak,
bukan nya diri tak ada otak,
boleh fikir,cepat lah bergerak,cepat lah bertindak..
jangan biar terus hanyut dengan khayalan yang belum tentu nampak..