Saturday, October 6, 2012

Part 2..

 "syg pkai bju pink, sluar jeans, tdung itam",msj dr syg..dupdap, dupdap...

 Berdebar-debar jantungku berdegup. Maklumlah,1st time nak jumpa kekasih hati. Aku telah tekad, macam mana pun dia, aku akan terima, sebab aku dah sayang dia, sangat-sangat. Dalam debar, terpalit sikit rasa risau, runsing. Bagaimana pula kalau-kalau dia yang tak bole terima aku yang tak hensem ni? Kaya pun tak..

"ok, abg pkai bju hitam, tggu kt tmpt duduk tepi toilet ni..

 Oh ye, hari ini mrupakan hari tmujanji kami yang pertama sebelum aku menyambung pengajian. Aku tggu dia di stesen komuter kijing. Kami bercadang untuk bjalan2 di mid valley, tempat paling popular bagi pasangan muda mudi pada masa tu. Mungkin juga kini.

"dh smpi".. Ringkas msg dr syg..

Aku pandang kiri kanan, tak ade pun..tiba-tiba keluar seorang awek dari tandas, baju pink, seluar jeans, tudung hitam... Amboi, cair terus aku tgk awek tu... Tu ke syg? Awek tu melewati aku, "jom",ringkas megajakku untuk menunggu tren di seberang.. Haha.. Sah-sah la tu awek aku! Tersenyum-senyum seorang aku.. Amboi, comel nye lahai... "Stesen berikutnya MId Valley , next station Mid valley", suara pakcik tukang bawak tren berkumandang. Dah sampai destinasi yang dituju, dengan langkah perlahan kami berjalan menuju panggung wayang. Ya, aktivit biasa waktu itu, tengok wayang dengan awek. Mungkin aktiviti biasa juga sekarang, entah la. Perasaan waktu berjalan, terasa masa berlalu perlahan, panjang. Tapi bahagia. Seakan mengharap masa akan terhenti pada waktu itu, tetapi aku dan dia terus melalui dan menikmati momen indah tersebut. Oh hati, inikah cinta? Sampai di kaunter setelah beratur lama, aku pesan tiket kepada akak kaunter tersebut.                       

 "kak, mr & mrs. Smith dua".

"couple seat"? Balas akak tersebut.

"eh tak, yang biasa", balas aku.

" seat biasa penuh dik, couple seat je yang tinggal".

" ha tak apa la, bagi yang couple seat", balas Elle kepada akak tu tiba-tiba.

Aku memandang elle, dia senyum, aku balas senyuman dia. Bahagianya. Rasa nak melompat pun ada. Sementara menunggu waktu tayangan dalam sejam lg, kami pergi makan dulu. Arena makanan ternyata padat dengan pengunjung, sehingga agak mustahil bagi kami menyelit di tengah ramai tersebut. Aku memang tidak biasa dengan keadaan Mid Valley, almaklum saja, mungkin ini baru kali kedua atau ketiga aku kemari.

"Jom pergi JJ, dekat situ pun ada kedai makan", pelawa Elle.

Aku yang tak tau apa hanya menurut. Mana letak JJ tu pun aku tak tau. Rupanya memang ada satu restoran di JJ tersebut, pelanggan pun tidak begitu ramai, jadi kami mengambil keputusan untuk makan disitu. Dia aku dapati agak pendiam, tak macam ketika kami bermesej. Aku agak cemas, risau-risau kalau dia bosan keluar dengan aku. Jadi sedaya upaya aku susun kata, tanya pelbagai soalan untuk mematikan kesunyian.

"

No comments:

Post a Comment