Monday, May 21, 2012

saje try test tulis cerita pendek

               "Kau ni dapat lesen nanti kalau tak accident memang tak sah la", sumpah abang tukang ajar bawak kereta kat aku. "Huh, celaka sunnguh mulut kau", aku bermonolog dalam hati. Maunya tak, dalam tujuh ke lapan meter lagi nak lepas traffic light yang dah kuning tu, aku taram pedal minyak sampai rapat kt lantai, mujur tak ada kereta lain walaupun sebenarnya masa sampai tu dah sah-sah lampu merah. Kecut jugak perut ni ha. habis sesi pembelajaran, macam biasa, bermesej-mesej dengan yang tersayang menceritakan perihal hari tersebut. Ya, dia yang tersayang itu, baru tiga bulan kami berkenalan, dan dia cinta pertamaku. itu pun sebab dia je yang balas cinta aku, kalau ikut cinta aku yang tak berbalas, ramai. "syg dh bgn blom?" biasa la, cuti habis SPM, jam 11 pun masih awal pagi. Senyap tak berbalas, takpe la, kasi can tidur lama sikit. Malam sebelumnya jam tiga pagi baru kami tidur akibat bermesej yang entah ape la sangat. "Abang, surat tawaran matrik dah sampai, ade kat atas meja makan tu ha ayah letak", laung ayah mematikan lamunanku. TAWARAN UNTUK MEMASUKI KOLEJ MATRIKULASI PERAK SESI 07/08. Tajuk surat tu yang buat aku nak melompat kegembiraan. Memang cita-citaku agar dapat melanjutkan pengajian di matrikulsi dek kerana tempoh pembelajaran yang singkat, ye, aku mau cepat habis perjalanan ku dalam bidang akademik. Banyak yang sudah aku rancang untuk tempoh lima tahun akan datang.

            "Ade ape", mesej dari nombor yang kawan aku bagi dua hari lepas. Akhirnya ada respon, yes!! "xde ape,saje je..hehe", balas aku. "u mscl me17x tau x?igt kn ad ape yg pntg..", mesej dari dia. What?!17x?! Aku pun tak perasan sampai banyak macam tu. Nombor awek ni kawan aku, Ikram yang bagi, kawan sekolah awek dia katanya. Tak kisah la, memang aku yang minta sebab baru ada handphone, tapi tak ada yang nak mesej, ok la dari tak ada kan. "17x?sori2, xprasan pun..huhu..saje nk bekenalan..btw, i'm as, n u?". "uk", pendek je dia balas. "?? uk?huhu..ok", balas aku. "sori2, igt u maen2, dats mean nme u asri perhaps?". Macam tu rupanya, lucu pun ada dia ni. "oo..hehe..x2, nme i asrul, kwn2 pgl as..hehe..u plak?". "I noreli, kwn2 pggl eli..klasik kn? huhu", balas awek tu. Ooo.. Eli. Ya, memang klasik bagi aku, unik, dengan nama pun hati dah tertawan nak kenal lagi rapat. "Oh, ok eli, nice to know u..;)", balas aku. Macam itulah perkenalan kami, ringkas tapi sangat bermakna bagi aku.

                                                           .....end of episode 1.....

*tidak ada kena mengena dengan sesiapa, jalan cerita hanyalah imaginasi penulis.
hak cipta terpelihara..keh3..


2 comments: